+604-521 3215 [email protected]

Selamat Bersara Cikgu Hasbullah

Jumaat 22 Mac 2024 22.3.2024 | JUMAATSELAMAT BERSARA CIKGU HASBULLAH.Semoga sentiasa diberkati Allah, diberi kesihatan yang baik sentiasa. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu atas taburan bakti dan keringat sepanjang bertugas sebagai guru. Dikenali...

LAWATAN KERJA EPRD KPM, JPN SELANGOR DAN JPN PERAK ke MAKERLAB SMK PENANTI( PROJEK RINTIS PSC TAHUN 2020)

Pada hari khamis 21 Mac 2024 , SMK Penanti telah dipilih untuk memperlihatkan hasil projek dan pencapaian pelajar makerlab dalam pelbagai program serta pertandingan yang melibatkan STEM terutama bidang Robotik sejak Makerlab ditubuhkan pada tahun 2020 ( Projek Rintis...

PERDA ROBOTIC CHALLENGE 2023

Alhmdulillah ..Team Robotik telah berjaya mendapat tempat ke -4 dalam pertndingan PERDA ROBOTIC CHALLEnge... Tahniah kepada pelajar dan guru yang terlibat. Semoga terus cemerlang dalam setiap pertndingan yang disertai..

TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU DAN SEMUA IBU BAPA PELAJAR SMK PENANTI

SMK Penanti terus tekun mencanai murid yang kreatif, kritis, kolaboratif, berkomunikasi serta berpegang kepada motto sekolah iaitu “ilmu sinar hidup” bagi menjamin masa depan negara sejahtera dan berpendidikan tinggi.

 

Selamat kembali ke sekolah dan sama-sama kita mencegah penularan wabak Covid-19.

Orang Pelajar

Guru & Staff

Usia Sekolah

%

Lulus SPM

SPM 2023

Your Title Goes Here

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

BAHASA MELAYU

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

BAHASA INGGERIS

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

sejarah

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

matematik

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

pendidikan islam

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

sains

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

fizik

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

srt

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

psv

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

m3 tambahan

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Berita Sekolah

Selamat Bersara Cikgu Hasbullah

Selamat Bersara Cikgu Hasbullah

Jumaat 22 Mac 2024 22.3.2024 | JUMAATSELAMAT BERSARA CIKGU HASBULLAH.Semoga sentiasa diberkati Allah, diberi kesihatan yang baik sentiasa. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu atas taburan bakti dan keringat sepanjang bertugas sebagai guru. Dikenali...

read more
PERDA ROBOTIC CHALLENGE 2023

PERDA ROBOTIC CHALLENGE 2023

Alhmdulillah ..Team Robotik telah berjaya mendapat tempat ke -4 dalam pertndingan PERDA ROBOTIC CHALLEnge... Tahniah kepada pelajar dan guru yang terlibat. Semoga terus cemerlang dalam setiap pertndingan yang disertai..

read more
NRDP PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

NRDP PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

Tahniah team rugby SMK Penanti kerana mendapat Johan Kategori Bowl (Ranking ke 9 ) daripada 16 team Terbaik semua pelajar dan guru yang terlibat Semoga kecemerlangan berterusan..

read more
YOUNG INNOVATOR CHALLENGE (YIC) 2023

YOUNG INNOVATOR CHALLENGE (YIC) 2023

Alhmdulillah..Team Robotik & Makerlab SMK PENANTI berjaya mendapat SILVER AWARD dalam pertandingan Young Innovator Challenge sempena Penang Maker Fair peringkat negeri Pulau Pinang bagi tahun 2023. Terima kasih kepada semua pentdbir serta guru-guru yang sntiasa...

read more

Barisan Pentadbir

Kata Aluan Pengetua

Assalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah , setinggi ucapan kesyukuran saya rafakkan ke hadrat Allah SWT yang memberi teramat banyak nikmat kepada kita , yang walau menggunakan semua pokok di dunia sebagai mata pena untuk menulis satu persatu nikmat itu nescaya tidak tertulis kesemuanya

Selamat datang ke sessi persekolahan 2023/2024 yang penuh cabaran , pasti menanti kewibawaan pendidik untuk mengharunginya dengan penuh dedikasi dan semangat waja membara . Teruskanlah azam dan usaha merealisasikan VISI DAN MISI SMKP : PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA. Dan MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA. Untuk itu semua warga pendidik dituntut berganding bahu bersama satu tekad mencapai KPI yang ditetapkan peringkat sekolah , PPD , JPUAN samada bidang pentadbiran , kurikulum , sahsiah , kokurikulum dan sebagainya agar selaras dengan transformasi Pendidikan negara sebagaimana termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 ( PPPM 2013-2025) .

Ucapan Syabas dan tahniah atas semua kejayaan yang telah dicapai oleh warga SMKP sepanjang tahun 2021 yang lepas . Dihadapan kita luas terbentang ruang dan peluang untuk mencipta lebih banyak lagi kejayaan dan kecemerangan dalam berbagai bidang . SMK Penanti BOLEH !!!

Jika Tema SMKP tahun 2022 ialah ‘BERSAMA MENCIPTA KECEMERLANGAN’ maka saya menetapkan Tema Tahun 2023 pula ialah “ KECEMERLANGAN BERTERUSAN ” lantaran keyakinan kuat saya kepada potensi warga SMKP yang mampu menjulang lebih banyak kejayaan dalam berbagai bidang

Tuan Puan warga pendidik SMKP merupakan tunjang kepada usaha membentuk sahsiah pelajar yang berketrampilan serta mampu menghadapi cabaran GLOBALISASI dalam dunia VUCA ini . Kunci kepada KEJAYAAN ialah KEBERSAMAAN . Marilah kita bersama mengorak langkah sederap memikul amanah dan tanggungjawab profesion perguruan bagi memastikan anak didik kita keluar sebagai individu yang dapat menyumbang sesuatu yang membanggakan masyarakat , bangsa , agama dan negara .

Ribuan terima kasih kepada JK Pengurusan yang telah membuktikan keupayaan merealisasikan dokumen pengurusan sekolah yang amat penting ini , juga individu yang telah menyumbang samada secara langsung atau tak langsung . Teruskan bertindak cemerlang supaya KECEMERLANGAN BERTERUSAN

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bujang bin sayem

Bujang bin sayem

PENGETUA

Rahimah bt Zainuddin

Rahimah bt Zainuddin

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Rozita bt Bohari

Rozita bt Bohari

PENOLONG KANAN HEM

Muhamad Zaki bin Khalid

Muhamad Zaki bin Khalid

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Halimah binti Ayob

Halimah binti Ayob

PENOLONG KANAN PETANG

Rozita bt Idris

Rozita bt Idris

PENOLONG KANAN Tingkatan 6

Logo Sekolah

Warna Kuning, Biru dan Putih

Melambangkan warna-warna negeri Pulau Pinang yang mana SMK Penanti ditubuhkan.

Bunga Padi

Melambangkan kemakmuran dan kesejahteraan warga sekolah.

Keris

Melambangkan jati diri dan budaya tempatan menjadi tunggak sekolah

Buku

Buku menjadi kawan karib yang setia dalam mencapai kecemerlangan pembelajaran dan 2003 merupakan tahun penubuhan sekolah

Motto Sekolah

Ilmu Sinar Hidup adalah motto sekolah yang menjadi tunggak pembagunan sahsiah para murid kami

Lagu Sekolah

Berdisiplin Berusaha
Ke Arah Kejayaan
Sanjung Menyayangi
Sekolah Kita
Tunaikan Hasrat Ibu Bapa

Hormati Guru Kita
Mendaulat Nusa Bangsa
Bertekun Berusaha
Mengejar Ilmu
Membina Hidup Sempurna

Bertekun Berusaha
Mengejar Ilmu
Ke Arah Kejayaan

Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti telah siap dibina pada tahun 1970 di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Sekolah ini mula beroperasi pada 4 Januari 1971 di bawah pentadbiran Tuan Haji Razikin bin Omar. Di awal penubuhan, sekolah ini dikenali dengan nama SEKOLAH MENENGAH KUBANG SEMANG.

Pada peringkat permulaan, bilangan pelajar yang ditempatkan di sekolah ini seramai 552 orang sahaja. Pada ketika itu, hanya terdapat tiga buah kelas Tingkatan Dua ( 2 buah kelas aliran Melayu dan sebuah kelas aliran Inggeris), tujuh buah kelas Tingkatan Satu (6 buah kelas aliran Melayu dan sebuah kelas aliran Inggeris) serta dua buah kelas Peralihan. Kesemua kelas ini dijalankan di sebelah pagi.

Pada peringkat permulaan, bilangan pelajar yang ditempatkan di sekolah ini seramai 552 orang sahaja. Pada ketika itu, hanya terdapat tiga buah kelas Tingkatan Dua ( 2 buah kelas aliran Melayu dan sebuah kelas aliran Inggeris), tujuh buah kelas Tingkatan Satu (6 buah kelas aliran Melayu dan sebuah kelas aliran Inggeris) serta dua buah kelas Peralihan. Kesemua kelas ini dijalankan di sebelah pagi.

Visi & Misi Kami

MISI KPM
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera
VISI KPM

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

VISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Slogan Sekolah

“Kecemerlangan Berterusan”

SMK Penanti

Hubungi Kami

SMK Penanti
Kubang Semang
14400 Bukit Mertajam
Pulau Pinang
+604-521 3215
+604-5213216
Lihat semua aktiviti menarik warga SMK Penanti di Group Facebook kami. Like dan Subscribe FB kami
Sertai group telegram SMK Penanti bagi mendapatkan perkongsian mahupun pengumuman terkini.
Ikuti SMK Penanti di Instagram bagi melihat pelbagai foto-foto baru dan menarik yang dikongsikan.
Subscribe dan ikuti Channel kami di Youtube dan tonton pelbagai video menarik yang dikongsikan

Pin It on Pinterest