TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU DAN SEMUA IBU BAPA PELAJAR SMK PENANTI
SMK Penanti terus tekun mencanai murid yang kreatif, kritis, kolaboratif, berkomunikasi serta berpegang kepada motto sekolah iaitu “ilmu sinar hidup” bagi menjamin masa depan negara sejahtera dan berpendidikan tinggi.
Selamat kembali ke sekolah dan sama-sama kita mencegah penularan wabak Covid-19.

Orang Pelajar
Guru & Staff
Usia Sekolah
%
Lulus SPM
Berita Sekolah
Sukantara telah bermula pada Jumaat yang lalu 1 Julai 2022.
Kejohanan Merentas Desa
17/6/2022 Telah berlangsung kejohanan merentas desa SMK Penanti. Alhamdulillah semua murid bersemangat untuk berlari dan menyumbangkan mata serta pingat untuk rumah sukan masing-masing. Tahniah dan syabas kepada semua murid. Semangat kesukanan yang tinggi . Terbaik....
Debaran untuk esok..Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah tahun 2022
Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang 2022
Pelbagai program akan dilaksanakan sempena sambutan hari guru peringkat negeri Pulau Pinang. Boleh rujuk gambar di laman web untuk mengetahui maklumat selanjutnya.
SEKOLAHKU SEJAHTERA
https://youtu.be/tKUA60e01Zk
Mesyuarat PIBG dan Majlis Mesra Perpaduan Aidilfitri 2022
Hari ini 14 Mei 2022 akan dilaksanakan Mesyuarat Agong PIBG SMK Penanti kali ke -48 tahun 2022 Mesyuarat diadakan di dewan Al-Ghazali SMKP Penanti pada pukul 8am dan dirasmikan oleh Datuk Haji Mohd Zaidi bin Haji Mohd Said , Penasihat Politik Menteri , Kementerian...
Barisan Pentadbir
Kata Aluan Pengetua
Assalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana atas rahmat-Nya diizinkan kita melangkah ke tahun 2021 dalam keadaan sihat dan beristiqomah untuk terus maju dan cemerlang. InsyAllah.kita akan meneruskan amanah mendidik anak-anak kita di SMK Penanti agar menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Tahniah, Syabas dan terima kasih kepada seluruh warga SMKP kerana sepanjang tahun 2020 kita telah sama- sama bergerak dalam satu pasukan berusaha melonjak naik imej dan kecemerlangan warga SMKP dalam pelbagai bidang.
Kita sudah berada dalam Gelombang Ke 3 PPPM 2013-2025, sebagai warga pendidik perlu sentiasa memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi mendepani cabaran masa hadapan. Visi dan Misi SMKP untuk tahun 2021 seiring dengan visi Kementerian Pendidikan Malaysia : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera. Dan Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Bagi merealisasikan visidan misi ini, seluruh warga pendidik SMKP perlu meningkatkan kompetensi dan tahap profesionalisme . Terus berusaha membangunkan potensi JERI anak didik SMKP secara holistik, berkualiti, harmonis dan seimbang. Anak didik SMKP harus ditingkatkan sifat berdaya saing, kritis berfikir dan harus dapat memenuhi aspirasi negara.
Tema SMKP tahun 2021 ialah ‘BERSAMA MENCIPTA KECEMERLANGAN’. SMKP penuh dengan potensi yang perlu kita gilap bersama. Dalam hal ini, warga SMKP seharusnya bekerja sebagai satu pasukan. Ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh individu seharusnya dikongsi dan dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Mulakan segalanya dengan NIAT yang betul. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa dalam semua urusan kita. Tingkatkan azam dan usaha, berbakti kerana Allah S.W.T. Jadilah guru yang hadirnya ditunggu, hilang dirindu, ilmunya diburu, nasihatnya diseru dan tingkahlakunya ditiru. Tingkatkan azam dan usaha, berbakti kerana Allah S.W.T. Marilah kita sama-sama terus berusaha membentuk warga SMKP yang berketerampilan,profesional, berkualiti dan beretika.
Semoga kita sama-sama dapat terus memikul amanah dan tanggungjawab profesion perguruan bagi tahun 2021 ini dengan penuh jujur dan telus. Berkhidmatlah dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi selagi masih ada ruang. Moga rahmat Allah sentiasa bersama kita, Amin.
Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
وا بيلله هي توفيق ول هدايه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sekian, terima kasih.
BAHARUDDIN BIN HASHIM
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti
“Satu-satunya sumber dari pengetahuan adalah pengalaman.” – Albert Einstein” “Sebelum apa pun, persiapan adalah kunci menuju kesuksesan.” – Alexander Graham B

KOSONG
PENGETUA

Encik Fauzi bin Abd Rahman
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Pn Hamidah binti Othman
PENOLONG KANAN HEM

En Zaharin bin Abdul Aziz
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Pn Hjh Halimah binti Ayob
PENOLONG KANAN PETANG
Pautan Aplikasi
Logo Sekolah
Warna Kuning, Biru dan Putih
Melambangkan warna-warna negeri Pulau Pinang yang mana SMK Penanti ditubuhkan.
Bunga Padi
Melambangkan kemakmuran dan kesejahteraan warga sekolah.

Keris
Melambangkan jati diri dan budaya tempatan menjadi tunggak sekolah
Buku
Buku menjadi kawan karib yang setia dalam mencapai kecemerlangan pembelajaran dan 2003 merupakan tahun penubuhan sekolah
Motto Sekolah
Ilmu Sinar Hidup adalah motto sekolah yang menjadi tunggak pembagunan sahsiah para murid kami
Lagu Sekolah
Berdisiplin Berusaha
Ke Arah Kejayaan
Sanjung Menyayangi
Sekolah Kita
Tunaikan Hasrat Ibu Bapa
Hormati Guru Kita
Mendaulat Nusa Bangsa
Bertekun Berusaha
Mengejar Ilmu
Membina Hidup Sempurna
Bertekun Berusaha
Mengejar Ilmu
Ke Arah Kejayaan

Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti telah siap dibina pada tahun 1970 di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Sekolah ini mula beroperasi pada 4 Januari 1971 di bawah pentadbiran Tuan Haji Razikin bin Omar. Di awal penubuhan, sekolah ini dikenali dengan nama SEKOLAH MENENGAH KUBANG SEMANG.
Pada peringkat permulaan, bilangan pelajar yang ditempatkan di sekolah ini seramai 552 orang sahaja. Pada ketika itu, hanya terdapat tiga buah kelas Tingkatan Dua ( 2 buah kelas aliran Melayu dan sebuah kelas aliran Inggeris), tujuh buah kelas Tingkatan Satu (6 buah kelas aliran Melayu dan sebuah kelas aliran Inggeris) serta dua buah kelas Peralihan. Kesemua kelas ini dijalankan di sebelah pagi.
Pada peringkat permulaan, bilangan pelajar yang ditempatkan di sekolah ini seramai 552 orang sahaja. Pada ketika itu, hanya terdapat tiga buah kelas Tingkatan Dua ( 2 buah kelas aliran Melayu dan sebuah kelas aliran Inggeris), tujuh buah kelas Tingkatan Satu (6 buah kelas aliran Melayu dan sebuah kelas aliran Inggeris) serta dua buah kelas Peralihan. Kesemua kelas ini dijalankan di sebelah pagi.
Visi & Misi Kami
MISI KPM
MISI SEKOLAH
Insan Terdidik
Negara Sejahtera
VISI KPM
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
VISI SEKOLAH
Slogan Sekolah
“Ilmu Sinar Hidup”
SMK Penanti
Hubungi Kami
Kubang Semang
14400 Bukit Mertajam
Pulau Pinang