26 APRIL 2024 | JUMAAT
Pada tanggal 26 April 2024, SMK Penanti telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang meriah dengan tema “Nostalgia Raya”. Bertempat di perkarangan Dewan Al Ghazali SMK Penanti, majlis ini disambut dengan penuh warna-warni, membawa seluruh warga sekolah mengenang kembali suasana hari raya tradisional yang penuh dengan kenangan manis dan kehangatan.
Warga sekolah dihidangkan dengan juadah raya seperti ketupat, rendang, lemang, kuih-muih tradisional, dan pelbagai hidangan lain yang disediakan bersama oleh murid dan guru. Suasana makan bersama ini menguatkan lagi ikatan kekeluargaan antara semua yang hadir.
Terima kasih diucapkan kepada Barisan Pentadbir, Guru Kanan, PIBG, AJK Kelab Keluarga 2024/2025, rakan-rakan guru, AKP dan murid-murid atas kesudian menceriakan lagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Sesungguhnya, sambutan hari raya kali ini bukan sekadar meraikan perayaan, tetapi juga mengukuhkan hubungan persahabatan dan silaturahim yang sedia terjalin di kalangan warga sekolah.
SMK Penanti ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!
*Bersama mencipta KELUARGA PENANTI yang BAHAGIA
Recent Comments