24.5.2024 | JUMAAT
Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat untuk semua guru di Malaysia sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan pendidik kita. Guru-guru diaraikan atas dedikasi, komitmen dan usaha mereka dslam mendidikan generasi pewaris negara. Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani” bertepatan dengan perkembangan semasa dunia pendidikan di Malaysia ini
SMK Penanti telah mengadakan sambutan Hari Guru yang bertempat di Dewan Al-Ghazali. Sambutan ini bermula pada jam 7.45 pagi dan tamat pada sekitar jam 10 pagi. Tema pakaian untuk tahun ini ialah bebas tetapi mengikut warna Palestin bagi menzahirkan solidariti dan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Acara sambutan Hari Guru SMK Penanti 2024 dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan lagu Pulau Pinang, bacaan Ikrar Hari Guru, dan persembahan lagu Guru Malaysia. Majlis diteruskan dengan penyampaian Perutusan Menteri Pendidikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran. Seterusnya, ucapan disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, sebelum majlis dirasmikan sebagai tanda pembukaan Sambutan Hari Guru SMK Penanti 2024.
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan adalah gimik, persembahan dan penyampaian anugerah Hari Guru. Selain itu, majlis ini juga meraikan persaraan Puan Norashikin binti Ismail yang merupakan guru yang telah banyak berbakti kepada sekolah ini.
Hari Guru merupakan hari untuk menyatakan penghargaan kepada guru-guru yang telah mencurahkan ilmu dan tenaga kepada murid-murid demi masa depan anak bangsa. Terima kasih dan Selamat Hari Guru.
Recent Comments