12.10.2024 | SABTU
Pada 12 Oktober 2024, SMK Penanti telah berjaya menganjurkan Karnival Kokurikulum dan Merentas Desa SMK Penanti 2024 dengan penuh kemeriahan dan sokongan daripada seluruh warga sekolah serta komuniti setempat. Aktiviti merentas desa dijalankan di sekitar kawasan sekolah manakala Karnival Kokurikulum diadakan di padang SMK Penanti. Acara ini telah mencapai matlamatnya untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama, dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan murid dan warga sekolah. Murid dan guru dari pelbagai kelab dan persatuan sekolah memainkan peranan penting dalam menjayakan setiap aktiviti.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah pembukaan gerai jualan makanan, jualan bundle, pertandingan karaoke dan banyak lagi.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua jawatankuasa pengelola, termasuk Unit Kokurikulum yang diketuai oleh Puan Nora, pentadbir, guru, murid, serta peniaga luar yang memberi sokongan penuh sepanjang aktiviti merentas desa dan karnival ini berjalan.
Recent Comments